Make your own free website on Tripod.com

Sasha Saidin

Gossip! Gossip!

Home | What makes me TICK, TICK, TICK? | I made it, I actually made it! | What she really like? | Take a peek at these too! | Got something to say to my face? | Family Photo Album | Cuddly-Wuddly, Fizzy-Wuzzy ,Furry-Murry Animals | To good times and more! | My Resume | Gossip! Gossip!

And this is what they had to say about it folks ...

The press can be mean and one point in my life, I felt like the press was my enemy but I guess they just follow where the smoke is coming from and most of the time are harmless but no press can also be a bummer. I was surprised after being out of the public eye for 3 years that they were still interested in me but I guess when destiny had carved this twisted path for me even I would as an outsider be interested in how weird things have turned out for me. All in a day's work I say, all in a days work!

“Orang tak tahu, saya menangis seorang diri”


SEBUT saja Elite, sudah terbayang wajah anggota asalnya - Azza, Sasha, Linda, Watie dan Abby. Namun, hampir kesemua anggotanya dikaitkan dengan permasalahan rumah tangga, kecuali Abby. Rasanya semua sudah tahu, rumah tangga Sasha dan suaminya, Johan Abdullah yang dibina selama dua tahun musnah dilanda badai. Jom Semuka minggu ini bersama Sasha.

“SELAMA 10 tahun saya menjadi anggota Elite dan memang sayang apabila saya perlu meninggalkannya. Bukan saja Elite, tapi saya turut meninggalkan dunia hiburan apabila saya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran. Tapi, sebab utama saya sambung belajar apabila saya berkawan dengan seorang anak Datuk.

Kami suka sama suka. Tapi, mungkin keluarganya lebih mementingkan pendidikan. Keluarganya pernah cakap dengan saya, saya ni artis, apa yang saya tahu, saya tak belajar tinggi dan tak ada masa depan yang cerah.

Sebab itu, sesibuk manapun jadual saya bersama Elite, saya tetap meluangkan masa buat kursus diploma di KDU. Siang belajar, malam pergi show bersama Elite.

Tapi, hubungan saya dengan anak Datuk itu tidak berpanjangan selepas beberapa masalah yang timbul.

Memang penat masa belajar tu. Tapi, alhamdulillah saya memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Sekurang-kurangnya saya mampu membuktikan artis juga boleh berjaya seperti orang lain. Walaupun episod cinta saya dan anak Datuk itu tidak panjang, tapi saya berjaya juga mendapat diploma. Saya percaya, apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Apabila saya melawat Abang di Norwich, saya berminat untuk sambung belajar di sana. Keluarga saya tanya, sanggup ke saya meninggalkan dunia hiburan secara total kerana tempoh pembelajarannya panjang, tiga tahun. Saya buat keputusan, saya tinggalkan segala-galanya, saya belajar dan beri tumpuan 100 peratus. Saya dah kenal Johan dah lama.

Walaupun dia orang Amerika, tapi dia kerja di UK. Masa tu Johan saya anggap sebagai teman berborak. Dia sentiasa ada di sisi apabila saya memerlukan teman bicara. Kalau saya ada masalah, dialah tempat saya mengadu.

Apabila dia mempelawa saya bertemu keluarganya, ibu Johan suka sangat dengan saya. Saya cakap dengan Johan, kalau dia nak kahwin dengan saya, perlu masuk Islam dulu. Johan tak kisah. Apabila kami dah kahwin, dia ikut saya sembahyang, puasa dan amalan lain.

Jodoh kami tak panjang

Apabila dah kahwin, hidup sebumbung, baru kita tahu tabiat tak elok diri seseorang itu. Bukan tabiat dia seorang saja, tapi saya pun ada. Seperkara lagi, budaya kami pun jauh berbeza. Cara saya lain dan Johan pun lain. Tapi, saya tengok ibu saya sudah hidup di sini (Malaysia) lebih 30 tahun, tapi tak ada apa-apa masalah pun.

Saya ingatkan Johan pun akan jadi macam tu. Tapi, ibu saya banyak bertolak ansur. Tapi Johan, hujung-hujung dia nak buat cara dia juga. Apa saja keputusan, mesti memihak kepadanya. Johan seolah-olah tak boleh terima pendapat orang lain. Masing-masing nak mempertahankan karier supaya lebih baik.

Lama-lama kami mempunyai pendapat masing-masing. Keluarga pula seorang kat sini, seorang kat sana. Mana yang lebih penting, suami ke keluarga? Johan pun fikir sebaliknya, mana lebih utama, isteri atau keluarga.

Akhirnya apabila kami dah bincang, kami capai kata sepakat, mungkin buat masa ini kami tak boleh hidup bersama lagi.

Kami pun tak ada anak lagi, lagi senang kami membawa haluan masing-masing. Walau apapun keputusan yang dibuat, kami tak sepatutnya menyesal. Semuanya ketentuan Tuhan, jodoh kami tak panjang. Mungkin kami dapat pengajaran dari perkara ni. Apa yang penting, saya dan Johan tidak bermusuh. Ketika kami bercerai hari tu pun, pembahagian harta dibuat secara baik.

Sedih, tetap sedih. Orang tak tahu, saya menangis seorang diri.

Saya dah biasa ditemani Johan, tiba-tiba dia dah tak ada, memang saya sedih. Kini, sayang sebagai suami terhadap Johan, perlahan-lahan dah mula terhakis, tapi saya tetap take care dia as a person.

Masa saya kecil-kecil dulu, saya cadang kalau kahwin nanti, nak sekali saja. Masa tu saya juga tak percaya kepada perceraian. Sebab tu saya tunggu umur mencecah 26 tahun, baru kahwin. Masa kahwin tu, saya benar-benar ingatkan Johan adalah satu-satunya lelaki dalam hidup saya. Macam ayah dan ibu saya, mereka hidup aman bahagia sampai hari ini. Saya jadikan ayah sebagai rolemodel.

Tapi, apakan daya, perceraian akhirnya berlaku juga dalam perkahwinan saya. Tapi, kesetiaan antara saya dan Johan berpanjangan, berkekalan hinggalah ke hari terakhir perceraian kami. Selepas ni kalau saya nak kahwin sekali pun, saya akan lebih berhati-hati.”

INFO SASHA

  • Sasha Saidin, 29, dilahirkan pada 20 Disember 1976 di London, namun dibesarkan di Kuala Lumpur.

  • Anak kedua dari tiga beradik ini memperoleh Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor pada 2001, seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom (2005).

  • Mula menganggotai Elite pada 1994 dan sempat menghasilkan album GIG, Tamparan Wanita, Idola dan Merbahaya.

  • Drama TV yang pernah dijayakan Sasha termasuklah Misteri Karina, Warkah Untuk Atikah dan terbaru, Kalbu Ungu yang dijadualkan menemui penonton pada hari raya pertama menerusi TV1. Sasha juga pernah berlakon filem iaitu Sama Tak Serupa dan Superstars.

  • Iklan TV pertama yang dijayakan Sasha ialah Nestle yang dihasilkan ketika dia berusia lapan tahun. Komersial TV lain termasuklah Mc Donald's, Maggi dan Clorets.

  • Ketika Sasha menuntut di London, Sasha bertemu jodoh dengan Johan Abdullah, 32, lalu mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada Julai 2003. Namun, mereka akhirnya bercerai April lalu.
  •  
     
     
     
    Elite - Bersatu semula buat album comeback
    Oleh MUZLINA ABU BAKAR


    SETELAH lima tahun menyepikan diri dari bidang senisuara, Elite akan muncul semula dengan album terbarunya pada November ini.

    Kemunculan semula Elite bersama anggota lamanya seperti Azza, Watie, Sasha dan Hana merupakan comeback yang diharap dapat menyegarkan semula ingatan para peminat terhadap mereka.

    ``Kami akan buat rakaman setelah Sasha balik dari United Kingdom (UK) pada Ogos ini. Sasha akan tamat belajar tidak lama lagi dan dia sudahpun menyatakan persetujuannya untuk menyertai semula Elite dan kami akan bersama-sama meneruskan perjuangan dalam bidang seni,'' cerita Hana Adnan, 27, ketika ditemui Mega baru-baru ini.

    Elite yang dulunya dianggotai oleh Azza, Watie, Sasha dan Hana menyepikan diri buat seketika apabila Sasha melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sistem Perniagaan Komunikasi di Universiti East Anglia, UK pada tahun 2002. Kemudian Hana mendirikan rumahtangga dengan Adam Abdullah dan menetap di UK. Sasha yang telah bercerai dengan pemuda Inggeris dijangka kembali semula ke Malaysia setelah tamat pengajiannya pada Ogos ini.

    Berganjak

    Menurut Hana yang juga kakak ipar Sasha, walaupun album terakhir Elite Berbahaya diedarkan lima tahun lalu tetapi beliau yakin Elite masih ada peminatnya sendiri.

    ``Kami memang yakin Elite masih ramai peminat kerana baru-baru ini ketika menyambut ulangtahun ke-11 penubuhan Elite, ramai peminat yang datang.

    ``Berdasarkan itulah, Elite tidak akan berganjak dan akan terus dengan rancangan membuat album comeback ini,'' kata Hana lagi.

    Hana memberitahu buat masa ini Elite sedang mempertimbangkan beberapa tawaran daripada syarikat rakaman untuk menjadi artis mereka.

    Bagaimanapun beberapa komposer sudahpun menyatakan persetujuannya untuk menyumbangkan lagu kepada Elite antaranya kumpulan KRU.

    ``Walaupun kami tidak lagi di bawah naungan KRU Records tetapi kami masih berminat terhadap lagu-lagu ciptaan mereka sesuai dengan konsep kami irama pop,'' kata Hana.

    Hana menetap semula di KL

    Menceritakan mengenai kehidupan berumahtangga, Hana ibu kepada dua orang anak Aaron Danial, 4, dan Alayna Daniella, 3, memberitahu;

    ``Saya sudah menetap di Kuala Lumpur sejak tujuh bulan lalu setelah dua setengah tahun duduk di Nigeria kerana mengikut suami saya, Adam Abdullah.

    ``Adam bekerja sebagai pengurus operasi sebuah syarikat minyak di UK yang berpejabat di Dubai.

    ``Sekarang Adam masih di sana lagi dan insya-Allah Adam juga akan menetap di KL tidak lama lagi.''

    Menurut Hana, beliau mengambil keputusan menetap semula di KL kerana tidak mahu anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang tidak sesuai.

    ``Setelah berbincang dengan Adam, akhirnya dia setuju saya dan anak-anak menetap di KL sehingga mereka berusia belasan tahun.

    ``Saya mahu anak-anak saya membesar dalam suasana masyarakat Melayu dan mempunyai didikan agama yang secukupnya,'' kata Hana.

    Menurut Hana, sebagai seorang ibu memanglah beliau boleh mendidik anak-anaknya tetapi beliau menyedari pendidikan agama yang lebih mendalam perlu dibekalkan kepada anak-anaknya sebelum menetap di sana.

    ``Adam setuju kami anak beranak menetap di sana bila Aaron dan Alayna sudah sekolah menengah dan ada asas yang kuat dalam agama Islam.

    ``Walaupun saya sudah duduk di Nigeria semasa Aaron masih kecil lagi tetapi saya sentiasa bercakap Melayu dan bila memikirkan sedalam-dalamnya saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaysia.

    ``Walaupun saya memilih Adam (lelaki Inggeris) sebagai suami tetapi kami sentiasa memikirkan masa depan anak-anak kami bukan sahaja dari segi pelajaran malah didikan agama,''akui Hana.